NOW@KIK PSP



BULITEN KIK PSP

Selamat Datang ke Konvensyen KIK Politeknik Malaysia 2012

Kami mengalukan kedatangan tuan dan puan ke konvenyen kali yang kedua yang dianjurkan PSP dengan kerjasama JPP KPT. Dengan semangat kerjasama berpasukan dikalangan kumpulan KIK dapat mengeratkan dan memperkukuhkan lagi ikatan silatulrahim dikalangan staf Politeknik Malaysia. Semoga jalinan ikatan ini dapat berkongsi inovasi dan kreativiti seterusnya dapat dipraktikkan di politeknik masing -masing dalam usaha merealisasikan transformasi politeknik. Kami menghargai seluruh kumpulan KIK Politeknik Malaysia yang terus memberi sumbangan yang tidak ternilainya seterusnya meraikan kumpulan KIK yang dinobatkan Juara KIK Politeknik Malaysia 2012 Piala Pusingan Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik diakhir konvensyen ini. I`m PSP>>> Proactive Sustainable Progressive

Friday, July 6, 2012

PERSEMBAHAN HARI KEDUA: KIK POLITEKNIK MALAYSIA




POWER
POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MU’ADZAM SHAH
TIADA DATA
 

MSC - JMSK
POLITEKNIK SEBERANG PERAI
Tajuk Projek: Sistem Pengurusan Kunci Pejabat JMSK (SPLP-JMSK)


Huraian Projek / Masalah:

Masalah timbul apabila kunci Bilik Pensyarah 2 tidak disimpan di Bilik Pensyarah Utama JMSK atas sebab-sebab berikut a. Bilik Pensyarah Utama telah dikunci selepas waktu tertentu. Jadual waktu anjal dan urusan tugas menyebabkan staf pulang lewat hingga selepas jam enam petang. b. Staf membawa pulang kunci atas keperluan proses P&P untuk KSS dan ingin melaksanakan kerja lebih masa pada hujung minggu.

Cadangan Penyelesaian:

Sistem Pengurusan Kunci Pejabat JMSK (SPKP-JMSK) adalah satu projek yang dihasilkan untuk memudahkan staf JMSK menyimpan kunci pejabat tanpa membawa pulang ke rumah. Sistem ini melibatkan penggunaan peti keselamatan yang diletakkan di Bilik Pensyarah Utama JMSK. Peti keselamatan ini diakses dengan menggunakan kata laluan yang diketahui oleh pensyarahpensyarah JMSK yang tertentu sahaja. Dengan terhasilnya projek ini, maka diharapkan system pengurusan kunci dapat dijalankan secara sistematik dan proses P&P dapat

dilaksanakan mengikut masa yang ditetapkan.

Faedah Projek:

SIstem pengurusan kunci dapat dijalankan secara sistematik dan proses P&P dapat dilaksanakan mengikut masa yang ditetapkan.
 

G-ELECTRO
POLITEKNIK KOTA BHARU
Tajuk Projek: SAVE TIME PCB PROCESS (STiPP)


Huraian Projek / Masalah:

Etching merupakan salah satu proses yang terlibat dalam menghasilkan papan litar elektronik. Ia menggunakan sejenis asid (Ferric Chloride) untuk menanggalkan lapisan kuprum yang tidak dikehendakki pada PCB (Printed Circuit Board) mengikut kehendak rekabentuk litar yang telah dibuat. Di Politeknik, semua pelajar diwajibkan lulus pada semester 5 dan 6 sebelum dianugerahkan Diploma. Etching adalah satu proses penting dalam penghasilan projek pelajar.

Cadangan Penyelesaian:

Merekabentuk semula plat pemegang PCB bagi memudahkan pemasangan, menjimatkan masa serta mengurangkan risiko pengguna terhadap bahan kimia semasa proses etching.

Faedah Projek:

Penjimatan masa proses etching dari 185.4 jam kepada 9.1 jam setahun.
 

ITWORKS
POLITEKNIK UNGKU OMAR
Tajuk Projek: PUO MAPS GUIDE (PMG)


Huraian Projek / Masalah:

Staf, pelawat dan pelajar menghadapi masalah dalam mencari lokasi semasa menghadiri peperiksaan, mesyuarat, P&P dan mencari staf. PMG diwujudkan bagi mengatasi masalah yang timbul untuk mengurangkan masa pencarian lokasi bagi urusan P&P dan urusan pengurusan yang lain.

Cadangan Penyelesaian:

Membina sebuah sistem PUO MAPS GUIDE (PMG).

Faedah Projek:

Berjaya mengurangkan masa pencarian lokasi untuk proses P & P

  OIL (Organized Ideal lead)
POLITEKNIK KUCHING SARAWAK
TIADA DATA
 
9P – JKE/JTMK
POLITEKNIK SEBERANG PERAI
Tajuk Projek: KIT ET101 ELECTRICAL TECHNOLOGY


Huraian Projek / Masalah:

Kesukaran pengurusan penyediaan komponen amali ET101. Membangunkan KIT AMALI ET101 yang mempunyai label yang membantu proses penyediaan, pengenalpastian dan penyimpanan komponen dimana ia menjimatkan ruang dan mudah diambil.

Cadangan Penyelesaian:

Mengurangkan masa penyediaan dan penyimpanan komponen amali ET101 supaya tersusun dan mudah disediakan daripada 15 minit kepada 1 minit sa-haja.

Faedah Projek:

Pelajar dapat menggunakan kit ET101 untuk melaksanakan amali bagi kursus ET101 Electrical Technology
 

 
PRESTIGIOUS
POLITEKNIK KOTA BHARU
TIADA DATA
 

 JAM
POLITEKNIK SEBERANG PERAI
Tajuk Projek: PORTABLE APPLICATION BOARD


Huraian Projek / Masalah:

E4160 (Sistem Mikropemproses dan Mikropengawal) merupakan kursus teras yang wajib diduduki oleh pelajar semester 5 Program Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer). Mengikut statistik keputusan peperiksaan akhir dari Unit Peperiksaan PSP, peratusan pelajar lulus untuk kursus ini pada sesi Disem-ber 2010 adalah terlalu rendah. Antara faktor yang menyumbang kepada ke-gagalan pelajar ialah pelajar tiada minat, tidak menguasai sintaks pengatur-caraan dan tiada kepelbagaian dalam pengajaran dan pembelajaran. Kit pem-belajaran mudahalih yang dikenali sebagai PortableApplication Board diperke-nalkan kepada pelajar bagi meningkatkan pencapaian pelajar.

Cadangan Penyelesaian:

Mewujudkan satu kit pembelajaran mudah alih untuk kegunaan pelajar, pen-syarah dan proses pengajaran dan pembelajaran secara teori dan amali

Faedah Projek:

Bilangan pelajar gagal dalam kursus E4160 berkurangan pada sesi Disember 2011. Pelajar dapat menggunakan kit pembelajaran ini dalam melaksanakan projek akhir pada semester Enaam
 

 
APIS MELLIFERA
POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Tajuk Projek: SISTEM PENGESANAN ALATAN TANGAN BENGKEL KEJURUTERAAN


Huraian Projek / Masalah:

Bengkel-bengkel di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal adalah bengkel yang mem-punyai nilai aset pengajaran dan pembelajaran yang sangat tinggi. Bengkel-bengkel ini juga mempunyai jumlah pengguna yang tinggi dan kekerapan peng-gunaan adalah 7 hari seminggu untuk kursus sepenuh masa dan sambilan. Bengkel-bengkel ini mempunyai pelbagai jenis alatan dan bilangan yang ban-yak terutamanya alatan tangan.. Alatan tangan yang mempunyai kekerapan penggunaan oleh pelajar yang tinggi, diurus dengan bantuan kotak alat. Proses peminjaman dan pemulangan kotak alat ini, direkod secara bertulis oleh pelajar di dalam buku rekod penggunaan. Proses pengesanan alatan tangan dibuat secara manual oleh pensyarah dan juruteknik berdasarkan rekod dan tanda berwarna pada alatan tangan. Status terkini alatan tangan adalah berpandukan kepada laporan kerosakan bertulis yang dibuat oleh pensyarah kursus atau juruteknik.

Cadangan Penyelesaian:

Sistem pengesanan alatan tangan bengkel kejuruteraan telah direkabentuk dan diberi nama sebagai MyMechTrack. MyMechTrack merupakan satu aplikasi web yang dihasilkan dengan kos yang minima dan menggunakan kepakaran ahli kumpulan sepenuhnya. Aplikasi web ini dibangunkan dengan hasil gabun-gan daripada empat komponen sumber terbuka iaitu Linux sebagai sistem operasi, Apache sebagai pelayan web, MySQL sebagai pelayan pangkalan data dan PHP sebagai bahasa pengaturcaraan. MyMechTrack juga mesra pengguna dengan ciri-ciri antaramuka pengguna yang ringkas dan jelas. MyMechTrack bersifat dinamik di mana penambaikan sistem masih boleh dilakukan di masa hadapan.

Faedah Projek:

Penjimatan kos (90% faedah berbanding kos), penjimatan masa (88% untuk proses peminjaman & pemulangan alatan tangan), penjimatan sumber manusia (67% untuk proses pengesanan alatan tangan), peningkatan hasil kerja (31% untuk pengoptimuman masa pengajaran dan pembelajaran)


 
X FAC -10
POLITEKNIK SEBERANG PERAI
Tajuk Projek: Kesukaran Memahami Kitar Loji Kuasa Stim (SPP-KIT)


Huraian Projek / Masalah:

Kursus Termodinamik 2 (J5106) dan Kursus Amalan Bengkel Mekanikal (J4141) adalah kursus wajib untuk pelajar jurusan Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Am) dan Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Loji) di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal PSP. Kursus-kursus tersebut mengandungi topik Loji Kuasa Stim dan pelajar Punca Utama Masalah ialah tiada peralatan di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, kos perolehan yang tinggi dan peratus pemahaman pelajar yang rendah

Cadangan Penyelesaian:

Steam Power Plant Kit (SPP-KIT) dihasilkan untuk meningkatkan pemahaman dan kualiti pengajaran dan pembelajaran dalam kursus Termodinamik 2 (J5106) dan Amalan Bengkel Loji (J4141) tanpa perlu membeli peralatan yang mahal dan mengadakan lawatan keluar dari politeknik. Kit pembelajaran ini dilengkapi dengan sebuah peralatan loji kuasa stim beserta komponen-komponen utama loji kuasa stim. Disamping itu ia juga dibekalkan dengan animasi kitar loji kuasa stim yang dibangunkan dengan perisisan Flash. Kit ini adalah mudah alih dan ditempatkan di Bengkel Loji Jabatan Kejuruteraan Mekanikal PSP. Diharap dengan terhasilnya kit pembelajaran ini dapat menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan sekaligus meningkatkan pemahaman pelajar.

Faedah Projek:

SPP—KIT membantu mempercepatkan proses pengajaran bagi kursus J4141 dan J5106 serta mudah disimpan dan diselenggara.
 


MSC CREW
POLITEKNIK KOTA KINABALU
TIADA DATA
 

E-INOVATIF
POLITEKNIK UNGKU OMAR
Tajuk Projek: eS-Guard


Huraian Projek / Masalah:

Membina satu alat kawalan yang boleh mengawal masa penggunaan alat elektrik yang akan di pasang pada papan litar utama. Alat kawalan ini dibina menggunakan sesentuh (contactor), pemasa (Timer) dan suis pemilih (selector switch). ‘Timer’ 24 jam digunakan dimana ‘Timer’ ini boleh disetkan, sebagai contoh untuk di hidupkan (ON) bermula 7.30 pagi hingga 5.30 petang. Ini bermakna semua suis akan dimatikan selepas 5.30 petang sehingga 7.30 pagi keesokan harinya secara automatik kecuali alat elektrik yang diperlukan sahaja akan dihidupkan (ON). Manakala suis pemilih (selector switch) digunakan jika ada pihak ingin menggunakan peralatan elektrik diluar waktu yang telah disetkan.

Cadangan Penyelesaian:

Mewujudkan satu alat yang boleh mengawal penggunaan tenaga elektrik dan seterusnya menjimatkan kos penggunaan tenaga elektrik di Jabatan kejurut-eraan Elektrik khususnya dan di Politeknik Ungku Omar amnya.

Faedah Projek:

Penjimatan tenaga elektrik yang efisyen di JKE, PUO.



LIVE WIRE
POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Tajuk Projek: ECOSys


Huraian Projek / Masalah:

Sistem yang akan diperkenalkan ini menggunakan teknologi WiFi dan RFID yang diintegrasikan dengan khidmat pesanan ringkas (SMS). Sistem Pengurusan Aset Makmal menggunakan teknologi WiFi dan RFID diharapkan dapat membantu dan memudahkan penyelia makmal di dalam mengenalpasti dan mengesan lokasi peralatan makmal dengan cepat dan mudah di samping dapat menjimatkan masa. Selain itu, sistem ini juga diharapkan dapat membantu pihak pengurusan politeknik untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan dengan mengurangkan kos tenaga buruh , mengurangkan kesilapan dan pembaziran serta meningkatkan kualiti keseluruhannya.

Cadangan Penyelesaian:

Sistem Pengurusan Aset Makmal dengan penggunaan teknologi Wifi dan RFID yang akan dibangunkan diharap dapat membantu dan mengatasi individu yang terlibat dalam mengesan lokasi peralatan yang dipinjam. Penggunaan teknologi ini yang digabungkan dengan penghantaran maklumat tentang lokasi peminjaman peralatan menerusi SMS untuk memudahkan pengesanan lokasi peralatan dan membantu menjimatkan masa penyelia makmal dalam mengenalpasti lokasi peralatan mereka.

Faedah Projek:

Dapat mengurangkan kadar kehilangan asset, memudahkan pengesanan lokasi aset makmal dan dapat meningkatkan mutu kerja ke arah yang lebih sistematik.


 ESPRIT DE CORPS
POLITEKNIK TUANKU SYED SIRAJUDDIN
TIADA DATA

No comments:

Post a Comment

INFO KONVENSYEN KIK 2011 POLITEKNIK MALAYSIA