NOW@KIK PSP



BULITEN KIK PSP

Selamat Datang ke Konvensyen KIK Politeknik Malaysia 2012

Kami mengalukan kedatangan tuan dan puan ke konvenyen kali yang kedua yang dianjurkan PSP dengan kerjasama JPP KPT. Dengan semangat kerjasama berpasukan dikalangan kumpulan KIK dapat mengeratkan dan memperkukuhkan lagi ikatan silatulrahim dikalangan staf Politeknik Malaysia. Semoga jalinan ikatan ini dapat berkongsi inovasi dan kreativiti seterusnya dapat dipraktikkan di politeknik masing -masing dalam usaha merealisasikan transformasi politeknik. Kami menghargai seluruh kumpulan KIK Politeknik Malaysia yang terus memberi sumbangan yang tidak ternilainya seterusnya meraikan kumpulan KIK yang dinobatkan Juara KIK Politeknik Malaysia 2012 Piala Pusingan Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik diakhir konvensyen ini. I`m PSP>>> Proactive Sustainable Progressive

Monday, October 11, 2010

ICC PSP @ GENTING INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE


Innovative and Creative Circle (ICC) ataupun Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Politeknik Seberang Perai (PSP) yang diwakili Kumpulan ISOTOP berjaya mendapat 3 bintang dan berada tempat ke 17 dari 57 kumpulan KIK dari sektor awam seluruh Malaysia. Konvensyen ICC yang dianjurkan oleh Malaysia Productivity Corporation (MPC) berlangsung selama 4 hari dari 7 oktober hingga 10 oktober 2010 di Genting International Convention Centre. Kumpulan Isotop membentangkan produk Basic Electric Learning Kit yang memberi penjimatan sebanyak RM 900 seunit atau bersamaan 86% berbanding harga dipasaran yang ditawarkan oleh sebuah syarikat swasta. Kesan Penjimatan berganda jika dihasilkan dalam skala yang lebih besar. Tahniah dan Syabas.

Monday, August 30, 2010

Friday, August 20, 2010

Wednesday, August 18, 2010











MINI KONVENSYEN KIK PSP DAN KONVENSYEN KIK 2011 POLITEKNIK MALAYSIA ZON UTARA DILANCARKAN

Mini Konvensyen KIK 2011 PSP dan Konvensyen KIK 2011 Politeknik Malaysia Zon Utara boleh dijadikan wadah untuk menyemarakkan kesedaran di kalangan kakitangan Politeknik Malaysia untuk terus meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan daya saing antara mereka. Menerusi pertandingan ini kita dapat mencetus idea-idea yang bernas dan inovasi baru yang diperlukan dalam melaksanakan tugas demi untuk meningkatkan kecemerlangan kualiti di setiap organisasi di peringkat Jabatan dan Unit di Politeknik Malaysia.Pertandingan ini juga dapat membantu dalam pembudayaan ilmu, pembentukan sikap serta budaya kerja cemerlang di kalangan kakitangan Politeknik Malaysia. Konvensyen ini juga dapat mencapai matlamat ke arah menyediakan modal insan yang cemerlang dan terbilang serta mempunyai kewibawaan untuk bersaing di peringkat yang lebih jauh. Diakhir Konvensyen ini, kumpulan KIK Politeknik Malaysia khususnya Zon Utara dapat menyertai pertandingan diperingkat negeri dan kebangsaan malah di peringkat antarabangsa yang dianjurkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan juga Malaysia Productivity Corporation (MPC).

Wednesday, August 11, 2010

“Online” Bergema, PSP Gemilang.


Online, Online, Online dan Online bergema di Auditorium A, tingkat 5 Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) oleh Kumpulan Tekno pada sesi pembentangan yang bertajuk Sistem Maklumbalas Pelanggan Secara Online pada Konvensyen KIK Sektor Awam Peringkat Negeri Pulau Pinang menjadi trade mark Kumpulan Tekno dikalangan peserta konvensyen selama dua hari iaitu dari 21 hingga 22 Julai 2010. Konvensyen kali ke 10 ini memberi tuah kepada Politeknik Seberang Perai khususnya Kumpulan Tekno dari Unit ICT berjaya mengondol kedudukan tempat ketiga dalam Kategori Pengurusan. Kumpulan Tekno telah memecah rekod sejarah PSP menjadi kumpulan yang pertama dari PSP mendapat kedudukan tiga teratas yang sebelum ini didominasi oleh agensi kerajaan yang lain. Percubaan kali ke dua Kumpulan Tekno dalam konvensyen ini berbaloi apabila diumumkan hadiah RM 1000, Trofi dan juga Sijil Penyertaan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Kumpulan Tekno. Konvensyen ini di rasmikan dan ditutup oleh Dato` Haji Muhammad Yusoff Bin Wazir, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang(Pengurusan) dan dianjurkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk memilih Johan dari Kategori Pengurusan dan Kategori Teknikal bagi peringkat Kebangsaan yang akan diadakan tidak lama lagi. Sebanyak 18 kumpulan KIK dari pelbagai jabatan dan agensi kerajaan seluruh Negeri Pulau Pinang bertanding dalam konvensyen pada tahun ini. Syabas dan tahniah juga kepada Kumpulan Isotop dari Jabatan kejuruteraan Elektrik(JKE) dan Jabatan Teknologi Maklumat(JTMK), Kumpulan Bijak dari Unit Perpustakaan dan IG dari JTMK kerana kesungguhan kumpulan menyahut cabaran ke pertandingan ini serta mempamerkan persembahan yang terbaik. Semoga pengalaman berkonvensyen selama 2 hari di KOMTAR memberi input dan cetusan idea yang baru serta menyemarak ‘value creation’ untuk menjana kegemilangan PSP.

Wednesday, August 4, 2010

Lawatan Kerja Ke MODENAS


Unit Kumpulan Inovatif dan Kreatif (UKIK) telah mengadakan lawatan kerja penandarasan (benchmarking) di Modenas Gurun, Kedah pada 3 ogos 2010. Lawatan kerja ini bertujuan mempelajari dan berkongsi maklumat tentang pengurusan KIK/ICC serta amalan 5s di Modenas. Seramai 19 orang staf Politeknik Seberang Perai (PSP) yang terdiri Jawatankuasa Pemandu KIK PSP, Fasilitator, Unit Pengurusan Kualiti serta pegawai 5s PSP. Setibanya kami di Learning Center Modenas, satu sesi taklimat ringkas berkaitan tadbir urus korporat Modenas disampaikan oleh Pegawai Total Quality Management (TQM) Modenas, Encik Azli B Md Noor. Pihak Modenas turut membawa kami ke tempat operasi penghasilan motosikal keluaran Malaysia. Kami teruja apabila ditunjukkan motosikal elektrik pertama negara, CTRIC keluaran Modenas. Motosikal ini menggunakan 5 biji bateri kering dan kelajuan yang mampu dicapai 80 kmj. Kami juga dimaklumkan oleh pihak Modenas, motosikal elektrik ini akan berada dipasaran pada tahun ini. Peserta rombongan sekali lagi teruja apabila diberi peluang dari pihak Modenas untuk pandu uji motosikal elektrik tersebut. Diakhir lawatan, Pegawai TQM Modenas, Encik Sazari memberi taklimat berkaitan pengurusan KIK serta 5s di Modenas. Program lawatan kerja ini memberi manfaat besar pada PSP khususnya Jawatankuasa Pemandu KIK PSP dalam proses penambahbaikan pengurusan UKIK untuk mencapai Pensijilan Pengurusan KIK dari Malaysia Productivity Corporation (MPC) yang dijangka 2 tahun lagi.

Friday, July 23, 2010

Monday, July 19, 2010

Friday, July 16, 2010

43 FASILITATOR KIK PSP BERTAULIAH DARI MPC

Unit Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (UKIK) dengan kerjasama Unit Latihan Pendidikan Lanjutan (ULPL) telah mengadakan Kursus Fasilitator KIK 2010 pada 14 Julai 2010 dari pukul 9.00 pagi hingga 5.30 petang. Seramai 43 orang peserta kursus terdiri dari Pegawai Kanan PSP, Ketua Jabatan dan Unit, Pensyarah dan Kakitangan PSP telah menghadiri Kursus Fasilitator yang julung kali diadakan dari Malaysia Productivity Corporation (MPC). Kursus Fasilitator bertujuan mendedahkan falsafah KIK, Jawatankuasa pemandu, laporan penulisan projek termasuk pengenalan secara asas 7 alat QC, 7 alat QC baru dan Alat QC yang terkini. Diakhir kursus ini, Encik Maskor selaku penceramah memberi khidmat nasihat serta rundingan terus 4 penulisan projek dari kumpulan Isotop, Tekno, IG dan Bijak . Untuk makluman ke empat -empat kumpulan ini akan bertanding di Konvensyen KIK Sektor Awam Peringkat Negeri Pulau Pinang. Keseluruhan Kursus Fasilitator ini mendapat komen dan cadangan yang baik. Cadangan diterima oleh pihak UKIK akan kami tunaikan pada masa hadapan iaitu Kursus KIK Untuk Ahli Kumpulan. Kursus ini akan menerangkan lebih teliti berkenaan 7 alat QC, 7 alat QC baru dan Alat QC yang terkini. Semoga Kursus Fasilitator yang dihadiri ini menjadi wadah percambahan kumpulan KIK baru dan juga dapat memantapkan KIK yang sedia ada.
Mohd Hafiz Bin Abdul Halim
Unit Kumpulan Inovatif dan Kreatif (UKIK)
Politeknik Seberang Perai.
Telefon: 045383322/2015
E-mel : mohdhafizpsp@yahoo.com
Blog: http://kikpsp.blogspot.com

KILAUAN EMAS DAN PERAK MILIK PSP


Syabas dan tahniah kepada Kumpulan Isotop dari Jabatan kejuruteraan Elektrik(JKE) dan Jabatan Teknologi Maklumat(JTMK) serta Kumpulan Tekno dari Unit ICT (ICT) kerana masing-masing kumpulan berjaya merangkul Pingat EMAS dan PERAK di Konvensyen ICC Wilayah Utara pada 12 hingga 13 Julai 2010 di Bayview Beach Resort, Batu Feringgi, Pulau Pinang. Konvensyen ini dianjurkan oleh Malaysia Productivity Corporation (MPC) Wilayah Utara. Konvensyen ICC Wilayah Utara pada tahun ini mendapat penyertaan tertinggi yang disertai 11 sektor awam dan 46 sektor swasta. Penyampaian Sijil dan Plak di konvensyen pada tahun ini disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Negeri Pulau Pinang, Yang Berhormat Dato’ Zainal Rahim Bin Seman diiringi oleh Timbalan Ketua Pengarah MPC Yang Berbahagia Encik Abdul Latif B Mat Yunus. Majlis penutup konvensyen pada kali ini turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran dari Pengurusan PSP, Tuan Haji Rosli B Mohd Ariff , Timbalan Pengarah (Akademik). Kejayaan Isotop yang dipimpin oleh Fasilitator Puan Misida bt Senon yang dianggotai Ketua Kumpulan Isotop, Encik Kamarul Ariffin B Abd Rashid serta Ahli Kumpulan Isotop telah menghasilkan Basic Electric Training Kit. Produk ini berjaya menambat hati juri kerana penjimatan RM 1,015 atau bersamaan 97% untuk seunit Basic Electric Training Kit berbanding pesaing dari syarikat luar. Penjimatan pembelian produk Basic Electric Training Kit berkali ganda sekiranya diaplikasikan seluruh Politeknik dan Kolej Komuniti di Malaysia.Kumpulan Tekno yang dipimpin oleh Fasilitator Puan Sheila a/p Mahalingam, diketua oleh Puan Muzdalini bt Malik dan Pengaturcara Program oleh Encik Khairul Azhar b Abd Aziz serta Ahli Kumpulan Tekno berjaya menghasilkan Sistem Maklum Balas Pelanggan, malah telah diseragamkan kepada semua Jabatan dan Unit di PSP. Sistem ini memberi penjimatan yang sangat ketara kepada kewangan di PSP iaitu sebanyak RM 50,000 berjaya dijimatkan kerana sistem ini dibangunkan secara in house dan menggunakan perisian open source. Penjimatan ini juga telah dibandingkan dengan Surat Sebut Harga Sistem Maklum Balas Pelanggan dari syarikat luar. Jumlah penjimatan keseluruhan sebanyak RM 51,015 berjaya dikurangkan dari dua buah kumpulan KIK dari Politeknik Seberang Perai pada tahun 2010. Sumbangan yang diberikan oleh Kumpulan Isotop dan Tekno ini selari dengan Pelan Tranformasi Kerajaan(PTK) dan juga Pelan Tranformasi PSP yang sentiasa menyokong budaya inovatif dan kreatif secara berterusan dikalangan kakitangan dan pelajar.

Thursday, July 15, 2010

PERTANDINGAN INOVASI DAN KREATIF DI KONVENSYEN ICC WILAYAH UTARA 2010

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Merujuk kepada perkara di atas.

SATU LAGI KEJAYAAN PSP SELEPAS KEJAYAAN ROBOT SOCCER.

2. Saya mewakili semua warga PSP ingin mengucapkan sekalung tahniah dan syabas atas kejayaan DUA kumpulan KIK dari PSP. Pertandingan itu telah diadakan pada 12 – 13 Julai 2010 di Bayview Beach Resort, Batu Peringgi.Persaingan cukup hebat.

Maklumat adalah seperti berikut:

i. Kumpulan KIK ISOTOP dari JKE telah memenangi ICC EMAS – peringkat ICC kebangsaan pada 5 – 7 Oktober 2010
ii. Kumpulan KIK TEKNO dari unit ICT telah memenangi ICC PERAK

3. Tahniah kepada pemenang dan terima kasih yang tak terhingga kepada En. Hafiz dan AJK nya atas usaha gigih anda semua.

4. Kami amat berbangga atas kejayaan anda semua demi untuk menyahut cabaran transformasi.

“BILA IANYA PSP INSYALLAH IA BOLEH DIJAYAKAN”

“TRASFORMASI TELAH BERMULA DI PSP”



Sekian, terima kasih

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,



(HJ ROSLI BIN MOHD. ARIFF)
Timbalan Pengarah (Akademik)
b.p Pengarah,
Politeknik Seberang Perai.

Friday, July 9, 2010

Tuesday, July 6, 2010

CABUTAN UNDI KIK SEKTOR AWAM PULAU PINANG 2010

Assalamualikum dan Salam Sejahtera…Hasil mesyuarat dan cabutan undi (giliran konvensyen) pada 5/7/2010 di Komtar semalam:· Kumpulan bertanding terdiri daripada 9 kumpulan (Kategori Teknikal) dan 10 kumpulan (Kategori Pengurusan) Maklumat Lanjut >>>

KURSUS FASILITATOR KIK

Peranan fasilitator adalah pemudah cara, memotivasikan dan mendedahkan ahli kumpulan dengan konsep dan perlaksanaan projek ICC. Fasilitator juga berperanan sebagai orang tengah di antara pihak pengurusan dan kumpulan unit KIK peringkat Jabatan dan Unit. Program ini menekankan kepentingan di dalam peranan, pengetahuan dan pendedahan sebagai fasilitator.

Sehubungan dengan itu. kursus fasilitator KIK akan diadakan seperti berikut
Tarikh : 14 Julai 2010
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat : UIDM, PSP

Objektif di akhir program ini, para peserta akan dapat :
a) Memahami konsep asas, operasi dan falsafah ICC.
b) Melatih pemudah cara dan member panduan kepada ahli kumpulan KIK dalam
menyelesaikan projek mereka.
c) Menentukan aktiviti-aktiviti KIK yang mungkin boleh dijalankan di organisasi.

Friday, July 2, 2010

KONVENSYEN KIK SEKTOR AWAM PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG

Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Sektor Awam Peringkat Negeri Pulau Pinang Tahun 2010 akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 21 hingga 22 Julai 2010
Tempat : Auditorium A, Paras 5, KOMTAR

Sumber:
SUBAMALAR RAMAN
Penolong Setiausaha (Inovasi) Bahagian Komunikasi Korporat
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Tingkat 49, KOMTAR 10503 Pulau Pinang T
EL : 04-6505546 FAKS : 04-2616718

Thursday, June 24, 2010

PATENT PERTAMA PSP


Berkat sokongan dan doa tuan/puan, Permohonan Patent Pertama PSP bertajuk Basic Electrical Training Kit yang diusahakan oleh Kumpulan Isotop dengan kerjasama UINP PSP telah berjaya diterima dan didaftarkan dengan nombor 2010002967. Maklumat lanjut>>>

Tuesday, June 22, 2010

Perutusan Ketua Pengarah 16 Jun 2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Y.A.B. Perdana Menteri kita telah melancarkan Rancangan Malaysia ke-10 di Dewan Rakyat pada 10 Jun 2010. Beliau telah menggariskan beberapa strategi serta pelan tindakan untuk memacu Malaysia menjadi negara maju menjelang tahun 2020. Untuk menjadi sebuah negara maju, pendapatan kasar rakyat perlu dilonjakkan daripada 7,000 USD kepada 15,000 USD. Transformasi kerajaan berpaksikan kepada konsep 1Malaysia, Pelan Transformasi Negara, Model Baru Ekonomi dan RMKe-10. Politeknik seharusnya menterjemahkan dasar dan perancangan kerajaan ini berdasarkan mandat yang diamanahkan. Pembangunan modal insan diberi penekanan dalam RMK10 berdasarkan 40 peratus daripada peruntukan RM230 billion yang diagih kepada projek bukan fizikal iaitu peningkatan daripada 21.8% daripada RMKe-9.
Untuk meningkatkan daya saing Negara, penekanan diberi kepada aspek inovasi dan kreativiti. Inovasi boleh dikategorikan kepada empat iaitu kewangan, proses, persembahan atau penghasilan dan delivery. Peluang untuk kita menerokai inovasi begitu luas. Seharusnya kita menggalakkan pensyarah serta semua penjawat awam lain membudayakan inovasi dalam kerja harian mereka. Sesungguhnya skim DH telah mengambil kira ciri inovasi bagi memantapkan budaya kecemerlangan dalam kalangan pensyarah politeknik. Inovasi dan kreativiti akan memberi banyak faedah kepada sistem kita secara keseluruhannya. Dengan peruntukan yang berkurangan hampir 15%, tentunya memerlukan daya kreativiti dan inovasi yang tinggi untuk kita berdaya saing. Pepatah Inggeris ada menyebut necessity is the mother of invention. Dalam banyak hal ini, kita perlu lakukan sesuatu secara doing more with less.
Di samping itu, kerajaan merancang agar 75% rakyat Malaysia dapat menikmati kemudahan jalur lebar menjelang tahun 2015 iaitu daripada kedudukan sekarang pada tahap 32%. Politeknik perlu menerokai penggunaan pembelajaran dalam talian dan kursus jarak jauh secara lebih terancang. Jumlah pekerja yang mempunyai kelulusan lebih tinggi daripada SPM ialah 23% sekarang dan kerajaan telah mengsasarkan 37% guna tenaga manusia akan memperolehi pendidikan melepasi SPM. Keadaan ini memberi ruang untuk kita merancang agar program kita dapat menarik orang yang sudah bekerja, sekali gus, meningkatkan kualiti tenaga negara.
Kerajaan juga merancang pendekatan baru dalam perancangan sumber manusia. Tiga perkara dikenal pasti bagi mentransformasi sistem pendidikan bagi meningkat kemampuan pelajar; meningkatkan kemahiran tenaga kerja agar kebolehpasaran pelajar dapat ditingkatkan; dan merefomasi pasaran kerja bagi mendukung ekonomi pendapatan tinggi. Politeknik telah mempelopori pendidikan dan latihan teknik dan vokasional sejak lebih empat puluh tahun yang lalu dan telah diiktiraf dalam Kerangka Kelayakan Malaysia. Kita bertanggung jawab agar sistem pengajian di politeknik terus menerajui pendidikan dan latihan teknik dan vokasional negara. Kebolehpasaran graduan merupakan KPI yang diberi fokus utama. Walaupun politeknik tidak pernah ketandusan pemohon untuk menyertai politeknik, namun ada pihak masih lagi mahu mempertikaikan kualiti program kita. Kita boleh melenyap pandangan negatif terhadap politeknik, sekiranya tahap kebolehpasaran pelajar kita mencapai angka yang tinggi. Politeknik seharusnya menjadi branded product bagi mereka yang berminat dalam pendidikan dan latihan teknik dan vokasional.
Akhir sekali, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada pensyarah yang telah menerima surat pengesahan dalam jawatan berikutan urusan kenaikan pangkat yang dilaksanakan baru-baru ini. Untuk mendapat pengesahan tersebut dalam tempoh kurang setahun selepas pemangkuan merupakan satu rekod dalam skim DH. Kita mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak BPSM dan juga JPA di atas kerjasama yang diberi yang memungkin kejayaan ini.
Terima kasih.

Sumber
Megat Nabil Mohsin MMNor
Bhgn Pembangunan Dasar
Jabatan Pengajian Politeknik

Thursday, June 10, 2010

KONVENSYEN ICC WILAYAH UTARA 2010

MPC WIlayah Utara akan menganjurkan Konvesyen ICC Wilayah Utara 2010 pada12 - 13 Julai bertempat di Hotel Bayview, Batu Feringghi, Pulau Pinang. Maklumat lanjut >>>

LAWATAN KERJA KE MPC, KEPALA BATAS, PULAU PINANG


Pada 9 hb Jun 2010, seramai 27 orang dari kumpulan Isotop, Tekno dan Bijak menyertai lawatan kerja ke MPC Kepala Batas. Tujuan lawatan kerja ini untuk memurnikan lagi penulisan laporan projek ketiga-tiga kumpulan tersebut. Ini adalah sebahagian pesediaan awal dalam menyertai pertandingan Konvesyen ICC Wilayah Utara 2010 pada12 - 13 Julai bertempat di Hotel Bayview, Batu Feringghi, Pulau Pinang. Terima kasih kepada pihak MPC wilayah utara, khususnya Pegawai MPC wilayah utara, En Sofian memberi kerjasama yang erat dan bersungguh-sungguh memberi teguran dan saranan dalam penulisan laporan projek bagi setiap kumpulan. Sesi soal jawab turut berlangsung bagi membolehkan peserta melontarkan soalan-soalan yang ingin diajukan. Walaupun singkat lawatan kerja ke MPC, tetapi ilmu yang diperolehi amatlah bermakna dalam penulisan laporan projek yang akan datang.

Thursday, May 27, 2010

Think out of the box


By TEH ENG HOCK enghock@thestar.com.my
Najib: ‘I do not want the automation culture to become the lifestyle among the civil servants The Civil Service needs to focus on innovation and creativity in today’s competitive environment in order to change the public sector transformation.Embracing innovation and creativity is key to successfully supporting the four pillars of the Govern­ment, namely the 1Malaysia concept, the Government Transformation Prog­ram­me, New Economic Model and the 10th Malaysian Plan. Government agencies need to prioritise efforts in introducing innovation to all aspects, including management and service delivery to people and clients.Innovation, coupled with proper planning, will help the country achieve its objective of being a high-income nation within a short period of time.
Prime Minister Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak had emphasised that the Govern­ment would transform Malaysia through a holistic innovative process, ranging from innovative administration in the private and public sector, societal innovation, urban and rural innovation, and branding innovation. Other fields singled out for innovation were education, healthcare, transportation and social security.“Civil servant today should think out of the box. I do not want the automation culture to become the lifestyle among the civil servants.“We have to think critically and constructively in carrying out our responsibilities and also being trustworthy in generating creative and innovative solutions which are beyond the norms,” said Najib.
Najib said the parts of the innovation process was already being carried out through pre-cursors such as the 1Malaysia concept, National Key Result Areas (NKRAs), Key Perfor­man­ce Indicators (KPI), New Economic Model, and the establishment of Special Taskforce to Facilitate Business (PE­­MU­DAH), Perfor­mance Management and De­­livery Unit (PEMANDU) and the National Econ­omic Advisory Council (NEAC). This underlined the Government’s commitment in bringing about total innovation to bring the country to the next economic level. “If previously, Quality Control Circle (QCC) focused on solving problems pertaining to main issues within departments, today, Innovative and Creative Circle (ICC) has given space to the members of its organisation to be innovative and creative in producing new ideas, without having to wait for issues or problems to occur within the department. “In accordance to that member of the or­ganisation must be more sensitive, concern, and proactive within their respective working environment, in line with the aim to improve our service,” said Najib He said: “If once upon a time we succeeded in transforming the economy from agriculture to industrial based, now we are moving forward to­­wards a new economic model based on innovation, creativity and high added values”.
In the context of the civil service, it is hoped that innovation, in the form of products, services, processes or technology, will increase current output values and bring changes to existing practices.
When Najib assumed national leadership, he stressed that it was of utmost importance for the civil service to shift to a new paradigm which fuses productivity, creativity and innovation.
While the achievements of the civil service had been measured in terms of productivity in the past, he said the civil service should now also include creativity and innovation.
An incremental improvement can be achieved by focusing purely on productivity, he said, but when combined with creativity and innovation, could result in a quantum leap.
A commitment to innovation As a start, civil servants will be celebrating Innovation Day on Oct 31, instead of Quality Day as in previous years.
Government agencies have been encouraged to create an environment that is conducive for creative thinking, with the final product being an improved service delivery to the people and private sector. Emphasis is on the agencies to increase their output and outcome value in the shape of products, services, processes or technology. For the civil service, innovation can be applied to various aspects such as customer management, work culture, strategic management and organisational leadership, and human resources. To help agencies chart and plan their strategies and action plans, Ma­laysian Administrative Moderni­sation and Management Planning Unit (MAMPU) has come up with a guideline entitled “Strengthening the Innovation Culture in the Civil Service”.
Agencies and departments can establish a steering committee to determine the policies and strategies to encourage idea generation, coordinate and monitor efforts of instilling the innovation culture, and acknowledge civil servants who have done well.
To ensure success, agencies and departments must prepare an Innovation Action Plan, complete with a list of activities tailored to achieve the goal. The agencies and departments must also raise awareness on the necessity of the innovative approach in service delivery. This can be done through campaigns, exhibitions, seminars, talks and contests. Internally, each agency and department must set up a mechanism which encourages and gathers ideas from its staff. All suggestions must be received, regardless if it brings about a big or small impact.
Externally, customers and service providers should also be encouraged to give feedback on how to improve public delivery. Prime Minister’s Quality Award Since 1990, agencies that have excelled were acknowledged under the Prime Minister’s Quality Awards.
To underline the new commitment towards innovation, the Government has decided to introduce a new award – the Prime Minister’s Innovation Award. Nominees for the Prime Minister’s Innovation Award are selected by a search committee chaired by the Chief Secretary to the Government, while its members comprise senior Government officials and individuals from the private sector, academia and non-Governmental organisations. The winner of the award will be selected based on four main criteria – innovativeness, relevance, significance and effectiveness. The first winner for the 2009 award will be announced at the awards ceremony today, at The Royale Chulan in Kuala Lumpur, with the Prime Minister personally giving away the prizes.

Monday, May 24, 2010

KONVENSYEN KIK SEKTOR AWAM PERINGKAT NEGERI PULAU PINANG

Dimaklumkan bahawa Konvensyen KIK Sektor Awam peringkat Negeri Pulau Pinang adakan dalam bulan Julai 2010. Sehubungan dengan itu, 3 kumpulan KIK PSP terbaik iaitu,

Isotop
Tekno
Bijak

akan menyertai konvensyen tersebut. Diharapkan kumpulan yang terpilih ini dapat mengharumkan nama PSP serta menyumbangkan idea kepada negara. Untuk menyertai konvensyen tersebut,

1. Borang Pencalonan
2. Laporan ( 4 salinan Hardcopy Buku Projek)
3. Softcopy (4 Salinan Softcopy CD)

hendaklah diserah kepada Unit Kumpulan Inovatif dan Kreatif (UKIK) sebelum 28 Mei 2010. Harap Maklum. Sekian Terima Kasih


Mohd Hafiz Bin Abdul Halim
Unit Kumpulan Inovatif dan Kreatif (UKIK)
Politeknik Seberang Perai.
Telefon: 045382015/2017/2018
E-mel : mohdhafizpsp@yahoo.com
Blog: http://kikpsp.blogspot.com

SEKRETERIAT KONVENSYEN KIK 2011 POLITEKNIK - POLITEKNIK MALAYSIA ZON UTARA









Dalam usaha mempertingkatkan kualiti dan produktiviti kerja, Unit Kumpulan Inovatif dan Kreatif (UKIK) dengan sukacitanya mengumumkan, penubuhan Sekreteriat Konvensyen KIK 2011 Politeknik -Politeknik Malaysia Zon Utara selaras dengan mesyuarat UKIK bil 5 pada 14 Mei 2010 serta maklumbalas dari Konvensyen KIK 2010 yang telah diadakan baru-baru ini . Sehubungan dengan itu, Puan Wan Nur Wahedah bt Hashim telah dilantik selaku Pengarah Program Konvensyen KIK 2011 Politeknik -Politeknik Malaysia Zon Utara yang bakal akan diadakan di Politeknik Seberang Perai (PSP).Politeknik -Politeknik Malaysia Zon Utara yang akan terlibat dalam konvensyen ini iaitu Politeknik Seberang Perai(PSP) selaku tuan rumah, Politeknik Balik Pulau(PBU), Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah(POLIMAS), Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin(PTSS) serta Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah(PTSB). Program konvensyen ini julung-julung kali diadakan diantara Politeknik-Politeknik Malaysia khususnya di zon utara bertujuan menggalakkan perkembangan KIK diseluruh negara untuk menjadi amalan dan budaya hidup pekerja. Konvensyen ini juga memberi peluang kepada kumpulan KIK berkongsi pengalaman serta pendapat di dalam usaha meningkatkan lagi prestasi kumpulan. Akhir sekali, Konvensyen ini akan memilih Kumpulan KIK Terbaik, yang akan dianugerah dengan Anugerah Kumpulan KIK Terbaik mengikut politeknik yang diwakili dan juga Anugerah Keseluruhan. Semoga penubuhan sekreteriat konvensyen ini dapat melicinkan proses pengurusan malah dapat menggalakkan dan mempergiatkan usaha kumpulan KIK bagi meningkatkan produktiviti.

Sekian Terima Kasih.

"Inovasi Menjana Tranformasi"

Mohd Hafiz Bin Abdul Halim
Unit Kumpulan Inovatif dan Kreatif (UKIK)
Politeknik Seberang Perai.
Telefon: 045382015/2017/2018
E-mel : mohdhafizpsp@yahoo.com
Blog: http://kikpsp.blogspot.com/




Thursday, May 20, 2010

ISOTOP Juara Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) 2010




Pada konvensyen kali ke lima ini, 4 jabatan akademik dan 3 unit sokongan di Politeknik Seberang Perai (PSP) menyahut cabaran untuk bertanding. Unit Kumpulan Inovatif dan Kreatif (UKIK) PSP dengan bangga mengumumkan kumpulan ISOTOP dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) dan Jabatan Teknologi Maklumat (JTMK) dinobatkan johan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) 2010 yang telah diadakan pada 12 Mei 2010 di Dewan Kuliah Utama PSP. Kumpulan Isotop yang terdiri seramai 9 orang pensyarah ini telah menghasilkan KIT E1063 yang mampu memjimatkan masa pensyarah kursus E1063 membuat persediaan kelas amali. Menurut Mohamad Fadzil Hj Basir Ahmad, Ketua Unit Inovasi dan Penyelidikan Politeknik Seberang Perai memaklumkan bahawa projek KIT E1063 sedang dalam proses dipatenkan dan pihak MyIPO telah memberi respon yang positif.Tempat naib johan pula disandang oleh Kumpulan TEKNO dari Unit ICT PSP dengan hasil projek bertajuk Sistem Maklum Balas Pelanggan. Kumpulan TEKNO merupakan satu-satunya kumpulan dalam konvensyen ini pernah bertanding dalam Innovative and Creative Convention (ICC) North Regional dan National ICC Convention anjuran Malaysia Productivity Corporation (MPC) pada tahun 2009 turut mendapat pin gat emas bagi ICC wilayah utara serta 3 bintang ICC peringkat kebangsaan. Kumpulan BIJAK dari Unit Perpustakaan mendapat tempat ke tiga dengan hasil projek Smart Box yang mampu menyelesaikan masalah berkaitan penyimpanan kad matrik pelajar untuk penggunaan kunci loker. Konvensyen KIK 2010 turut disertai Kumpulan EME dari Jabatan Perdagangan, kumpulan Intelligent Group dari JTMK, kumpulan ProMenTee dari Jabatan Matematik, Sains dan Komputer serta kumpulan Kew Team dari Unit Kewangan PSP. Kumpulan yang terbaik iaitu Kumpulan Isotop akan mewakili PSP bertanding dalam Innovative and Creative Convention (ICC) North Regional pada 12 hingga 13 Julai 2010 anjuran MPC.
Unit Kumpulan Inovatif dan Kreatif (UKIK)
Politeknik Seberang Perai.
Telefon: 045382015/2017/2018
Blog: http://kikpsp.blogspot.com

Tuesday, April 27, 2010

Tarikh Konvenyen KIK 2010, PSP ditunda

Salam,

Dimaklumkan bahawa tarikh Konvenysen KIK 2010 Politeknik Seberang Perai pada 28 April 2010 di tangguhkan dan akan dilaksanakan pada 12 Mei 2010. Segala kesulitan amat dikesali. Semoga perubahan tarikh ini memberi peluang dan ruang seluas-luasnya dalam persiapan dan bersedia menjelang Konvensyen KIK 2010 Politeknik Seberang Perai.

Sekian Terima Kasih.

Mohd Hafiz Bin Abdul Halim
Unit Kumpulan Inovatif dan Kreatif (UKIK)
Politeknik Seberang Perai.
Telefon: 045382015/2017/2018
E-mel : mohdhafizpsp@yahoo.com
Blog: http://kikpsp.blogspot.com

Wednesday, April 14, 2010


KONVENSYEN KIK 2010

Salam,

Alhamdulillah, Unit Kumpulan Inovatif dan Kreatif (UKIK) Politeknik Seberang Perai dengan sukacitanya akan menganjurkan Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif 2010, PSP pada 28 April 2010. Sebanyak 10 kumpulan dari pelbagai jabatan dan unit akan membuat perbentangan pada konvensyen pada kali ini.Konvensyen KIK 2010 ini, meneruskan tradisi PSP yang sentiasa berazam menuju puncak kecemerlangan. Sejak Konvensyen yang pertama dianjurkan oleh Jabatan Kejuruteraan Elektrik, pelbagai inovasi dan kreativiti yang telah diketengahkan telah diguna pakai serta tidak dilupakan juga penambahbaikan dari masa kesemasa.
Fasa berikut pula, kita dapat melihat berlakunya pelarasan dan tindakan kesemua jabatan dan unit-unit politeknik seberang perai dari hasil usaha peserta pembentangan konvensyen yang lepas melontarkan idea serta tindakan yang benar-benar berlaku di jabatan dan unit-unit PSP. Perkembangan ini dapat memberi manfaat kepada seluruh warga PSP serta organisasi lain yang setara dan berkepentingan. Malah PSP sentiasa mendapat perhatian organisasi luar dari hasil lawatan penanda aras (benchmarking).
Sehubungan dengan itu, ayuh marilah kita sama-sama menjayakan konvensyen KIK 2010 serta menyahut cabaran perdana menteri yang menekankan kecemerlangan dalam aspek inovasi dan kreativiti. Kepada Pembentang- pembentang KIK 2010 diucapkan selamat maju jaya.

Sekian, Terima Kasih.




Mohd Hafiz Bin Abdul Halim
Pengarah Program
Sekreteriat Konvensyen KIK 2010
Politeknik Seberang Perai.
Telefon: 045382015/2017/2018
E-mel : mohdhafizpsp@yahoo.com
Blog: http://kikpsp.blogspot.com/

Monday, March 22, 2010

PROGRAM HARI PRODUKTIVITI DAN INOVASI BERSAMA INDUSTRI

Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Utara dengan kerjasama Federation of Malaysia Manufacturers (FFM) akan menganjurkan Program Hari Produktiviti dan Inovasi Bersama Industri. Maklumat lanjut program adalah seperti berikut:

Tajuk: Seminar on Managing Team Dynamic and Build High Performance Teams
Tarikh : 23 march 2010
Masa : 8 pg hingga 1.30tgh
Tempat: Dewan produktiviti , MPC Kepala Batas

Pembentangan kertas kerja 1:
MPC focus on transformation, innovation & partnership

Pembentangan kertas kerja 2:
Managing teams for innovation and Success

Pembentangan Kertas kerja 3:
Developing innovation in teams

objektif Program:
1. Menyebarkan maklumat latar belakang MPC
2.Perkongsian pengetahuan dan pengalaman
3.Mendapat maklum balas perkembangan dan cabaran dihadapi oleh syarikat yang berkaitan dengan produktiviti, kualiti, daya saing dan inovasi.

maklumat lanjut :
Adlina snawi/ Ruhemi Sahrawi
tel: 04-5754709
fax:045754410

Friday, February 12, 2010

Mesyuarat UKIK Kali Ke-2

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Tuan/Puan,

Mesyuarat UKIK Kali Ke-2.

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

1. Mesyuarat UKIK Kali Ke-2 akan diadakan pada:

Tarikh : 19 Februari 2010
Hari : Jumaat
Masa : 3.00 petang
Tempat : JMSK



Fazilatul Haida Bt Hidzir
Setiausaha 1
UKIK
Politeknik Seberang Perai

Tuesday, January 19, 2010




KONVENSYEN KIK 2010
POLITEKNIK SEBERANG PERAI
28 APRIL 2010

Konvensyen KIK Politeknik Seberang Perai dengan tema ”KIK Meningkatkan Budaya Kerja Cemerlang”. Di mana KIK boleh dijadikan wadah untuk menyemarakkan kesedaran di kalangan anggota perkhidmatan awam untuk terus meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan daya saing antara mereka. Menerusi pertandingan ini kita dapat mencetus idea-idea yang bernas dan inovasi baru yang diperlukan dalam melaksanakan tugas demi untuk meningkatkan kecemerlangan kualiti di setiap organisasi di peringkat Unit dan Jabatan di Politeknik seberang Perai.Pertandingan ini juga dapat membantu dalam pembudayaan ilmu, pembentukan sikap serta budaya kerja cemerlang di kalangan anggota di setiap organisasi di Politeknik Seberang Perai. Konvensyen ini juga dapat mencapai matlamat ke arah menyediakan modal insan yang cemerlang dan terbilang serta mempunyai kewibawaan untuk bersaing di peringkat yang lebih jauh. Kecemerlangan sesebuah organisasi adalah hasil permuafakatan dan kerjasama antara ahli yang mahukan sesuatu sistem lebih berkualiti yang akan menghasilkan keseronokkan bekerja, seterusnya dapat menaikkan nama institusi.


RASIONAL

1. Memenuhi Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 7 Tahun 1991 bertajuk Panduan Mengenai Kumpulan Meningkat Mutu Kerja(KMK) bagi meningkatkan kualiti dan kecemerlangan di agensi-agensi sektor awam.
2. Konvensyen yang dijalankan setiap tahun di PSP dapat memupuk peningkatan mutu kerja secara berterusan bagi melahirkan pekerja yang dedikasi, berdisiplin, bertanggungjawab dan mencetus idea baru.
3. Kumpulan di peringkat Jabatan dan Unit di peluang mengemukakan masalah yang telah dikenal pasti atau satu proses kerja baru yang akan diselesaikan melalui pembentukan satu kumpulan yang mantap ke arah menjayakan sesuatu idea yang boleh diguna pakai, relevan kepada keadaan semasa dan mendatangkan faedah kepada organisasi masing-masing khususnya dan Politeknik amnya.


OBJEKTIF

Terdapat 3 objektif Konvensyen yang ditetapkan:-
1. Untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada mereka yang terlibat dalam KIK dengan memberi peluang kepada kumpulan-kumpulan KIK membuat persembahan
2. Untuk membuktikan dan memberi keyakinan kepada organisasi di peringkat Jabatan dan Unit bahawa KIK boleh melaksanakan di Politeknik seberang Perai.
3. Untuk menyakinkan bahawa KIK dapat membantu organisasi di peringkat Jabatan dan Unit menyelesaikan masalah berkaitan dengan kerja, seterusnya membuat penambaikan secara berterusan.


Jika ada sebarang pertanyaan , sila hubungi:

Mohd Hafiz Bin Abdul Halim
Pengurus Projek
Sekreteriat Konvensyen KIK 2010
Politeknik Seberang Perai.
Telefon: 045382015/2017/2018
E-mel : hafiz@psp.edu.my

Friday, January 15, 2010

Selamat Datang Ke UNIT KIK PSP


Salam 1 Malaysia,


Alhamdulillah, Unit KIK PSP telah mempunyai laman blog untuk tatapan seantero dunia yang dahagakan maklumat dan infomasi yang memberi manfaat berguna kepada diri,organisasi serta negara. Perkongsian maklumat dan informasi ini menjadi wadah tranformasi dan penambahbaikan ke atas sesuatu organisasi bagi melonjakkan peningkatan kualiti dan kecekapan yang cermerlang. Oleh itu, Setiap idea kreativiti dan inovasi yang di anugerahkan perlu digilapkan serta diterjemahkan kebentuk pelaksanaan yang praktikal. Akhir sekali diucapkan ribuan terima kasih kepada penyampai maklumat/komen/cadangan secara langsung dan tidak langsung terhadap laman blog ini. Sekian terima kasih.

INFO KONVENSYEN KIK 2011 POLITEKNIK MALAYSIA