Syabas dan tahniah kepada Kumpulan Isotop dari Jabatan kejuruteraan Elektrik(JKE) dan Jabatan Teknologi Maklumat(JTMK) serta Kumpulan Tekno dari Unit ICT (ICT) kerana masing-masing kumpulan berjaya merangkul Pingat EMAS dan PERAK di Konvensyen ICC Wilayah Utara pada 12 hingga 13 Julai 2010 di Bayview Beach Resort, Batu Feringgi, Pulau Pinang. Konvensyen ini dianjurkan oleh Malaysia Productivity Corporation (MPC) Wilayah Utara. Konvensyen ICC Wilayah Utara pada tahun ini mendapat penyertaan tertinggi yang disertai 11 sektor awam dan 46 sektor swasta. Penyampaian Sijil dan Plak di konvensyen pada tahun ini disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Negeri Pulau Pinang, Yang Berhormat Dato’ Zainal Rahim Bin Seman diiringi oleh Timbalan Ketua Pengarah MPC Yang Berbahagia Encik Abdul Latif B Mat Yunus. Majlis penutup konvensyen pada kali ini turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran dari Pengurusan PSP, Tuan Haji Rosli B Mohd Ariff , Timbalan Pengarah (Akademik). Kejayaan Isotop yang dipimpin oleh Fasilitator Puan Misida bt Senon yang dianggotai Ketua Kumpulan Isotop, Encik Kamarul Ariffin B Abd Rashid serta Ahli Kumpulan Isotop telah menghasilkan Basic Electric Training Kit. Produk ini berjaya menambat hati juri kerana penjimatan RM 1,015 atau bersamaan 97% untuk seunit Basic Electric Training Kit berbanding pesaing dari syarikat luar. Penjimatan pembelian produk Basic Electric Training Kit berkali ganda sekiranya diaplikasikan seluruh Politeknik dan Kolej Komuniti di Malaysia.Kumpulan Tekno yang dipimpin oleh Fasilitator Puan Sheila a/p Mahalingam, diketua oleh Puan Muzdalini bt Malik dan Pengaturcara Program oleh Encik Khairul Azhar b Abd Aziz serta Ahli Kumpulan Tekno berjaya menghasilkan Sistem Maklum Balas Pelanggan, malah telah diseragamkan kepada semua Jabatan dan Unit di PSP. Sistem ini memberi penjimatan yang sangat ketara kepada kewangan di PSP iaitu sebanyak RM 50,000 berjaya dijimatkan kerana sistem ini dibangunkan secara in house dan menggunakan perisian open source. Penjimatan ini juga telah dibandingkan dengan Surat Sebut Harga Sistem Maklum Balas Pelanggan dari syarikat luar. Jumlah penjimatan keseluruhan sebanyak RM 51,015 berjaya dikurangkan dari dua buah kumpulan KIK dari Politeknik Seberang Perai pada tahun 2010. Sumbangan yang diberikan oleh Kumpulan Isotop dan Tekno ini selari dengan Pelan Tranformasi Kerajaan(PTK) dan juga Pelan Tranformasi PSP yang sentiasa menyokong budaya inovatif dan kreatif secara berterusan dikalangan kakitangan dan pelajar.
NOW@KIK PSP
BULITEN KIK PSP
Selamat Datang ke Konvensyen KIK Politeknik Malaysia 2012
Kami mengalukan kedatangan tuan dan puan ke konvenyen kali yang kedua yang dianjurkan PSP dengan kerjasama JPP KPT. Dengan semangat kerjasama berpasukan dikalangan kumpulan KIK dapat mengeratkan dan memperkukuhkan lagi ikatan silatulrahim dikalangan staf Politeknik Malaysia. Semoga jalinan ikatan ini dapat berkongsi inovasi dan kreativiti seterusnya dapat dipraktikkan di politeknik masing -masing dalam usaha merealisasikan transformasi politeknik. Kami menghargai seluruh kumpulan KIK Politeknik Malaysia yang terus memberi sumbangan yang tidak ternilainya seterusnya meraikan kumpulan KIK yang dinobatkan Juara KIK Politeknik Malaysia 2012 Piala Pusingan Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik diakhir konvensyen ini. I`m PSP>>> Proactive Sustainable Progressive
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment