NOW@KIK PSP



BULITEN KIK PSP

Selamat Datang ke Konvensyen KIK Politeknik Malaysia 2012

Kami mengalukan kedatangan tuan dan puan ke konvenyen kali yang kedua yang dianjurkan PSP dengan kerjasama JPP KPT. Dengan semangat kerjasama berpasukan dikalangan kumpulan KIK dapat mengeratkan dan memperkukuhkan lagi ikatan silatulrahim dikalangan staf Politeknik Malaysia. Semoga jalinan ikatan ini dapat berkongsi inovasi dan kreativiti seterusnya dapat dipraktikkan di politeknik masing -masing dalam usaha merealisasikan transformasi politeknik. Kami menghargai seluruh kumpulan KIK Politeknik Malaysia yang terus memberi sumbangan yang tidak ternilainya seterusnya meraikan kumpulan KIK yang dinobatkan Juara KIK Politeknik Malaysia 2012 Piala Pusingan Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik diakhir konvensyen ini. I`m PSP>>> Proactive Sustainable Progressive

Monday, August 30, 2010

Friday, August 20, 2010

Wednesday, August 18, 2010











MINI KONVENSYEN KIK PSP DAN KONVENSYEN KIK 2011 POLITEKNIK MALAYSIA ZON UTARA DILANCARKAN

Mini Konvensyen KIK 2011 PSP dan Konvensyen KIK 2011 Politeknik Malaysia Zon Utara boleh dijadikan wadah untuk menyemarakkan kesedaran di kalangan kakitangan Politeknik Malaysia untuk terus meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan daya saing antara mereka. Menerusi pertandingan ini kita dapat mencetus idea-idea yang bernas dan inovasi baru yang diperlukan dalam melaksanakan tugas demi untuk meningkatkan kecemerlangan kualiti di setiap organisasi di peringkat Jabatan dan Unit di Politeknik Malaysia.Pertandingan ini juga dapat membantu dalam pembudayaan ilmu, pembentukan sikap serta budaya kerja cemerlang di kalangan kakitangan Politeknik Malaysia. Konvensyen ini juga dapat mencapai matlamat ke arah menyediakan modal insan yang cemerlang dan terbilang serta mempunyai kewibawaan untuk bersaing di peringkat yang lebih jauh. Diakhir Konvensyen ini, kumpulan KIK Politeknik Malaysia khususnya Zon Utara dapat menyertai pertandingan diperingkat negeri dan kebangsaan malah di peringkat antarabangsa yang dianjurkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan juga Malaysia Productivity Corporation (MPC).

Wednesday, August 11, 2010

“Online” Bergema, PSP Gemilang.


Online, Online, Online dan Online bergema di Auditorium A, tingkat 5 Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) oleh Kumpulan Tekno pada sesi pembentangan yang bertajuk Sistem Maklumbalas Pelanggan Secara Online pada Konvensyen KIK Sektor Awam Peringkat Negeri Pulau Pinang menjadi trade mark Kumpulan Tekno dikalangan peserta konvensyen selama dua hari iaitu dari 21 hingga 22 Julai 2010. Konvensyen kali ke 10 ini memberi tuah kepada Politeknik Seberang Perai khususnya Kumpulan Tekno dari Unit ICT berjaya mengondol kedudukan tempat ketiga dalam Kategori Pengurusan. Kumpulan Tekno telah memecah rekod sejarah PSP menjadi kumpulan yang pertama dari PSP mendapat kedudukan tiga teratas yang sebelum ini didominasi oleh agensi kerajaan yang lain. Percubaan kali ke dua Kumpulan Tekno dalam konvensyen ini berbaloi apabila diumumkan hadiah RM 1000, Trofi dan juga Sijil Penyertaan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Kumpulan Tekno. Konvensyen ini di rasmikan dan ditutup oleh Dato` Haji Muhammad Yusoff Bin Wazir, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang(Pengurusan) dan dianjurkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk memilih Johan dari Kategori Pengurusan dan Kategori Teknikal bagi peringkat Kebangsaan yang akan diadakan tidak lama lagi. Sebanyak 18 kumpulan KIK dari pelbagai jabatan dan agensi kerajaan seluruh Negeri Pulau Pinang bertanding dalam konvensyen pada tahun ini. Syabas dan tahniah juga kepada Kumpulan Isotop dari Jabatan kejuruteraan Elektrik(JKE) dan Jabatan Teknologi Maklumat(JTMK), Kumpulan Bijak dari Unit Perpustakaan dan IG dari JTMK kerana kesungguhan kumpulan menyahut cabaran ke pertandingan ini serta mempamerkan persembahan yang terbaik. Semoga pengalaman berkonvensyen selama 2 hari di KOMTAR memberi input dan cetusan idea yang baru serta menyemarak ‘value creation’ untuk menjana kegemilangan PSP.

Wednesday, August 4, 2010

Lawatan Kerja Ke MODENAS


Unit Kumpulan Inovatif dan Kreatif (UKIK) telah mengadakan lawatan kerja penandarasan (benchmarking) di Modenas Gurun, Kedah pada 3 ogos 2010. Lawatan kerja ini bertujuan mempelajari dan berkongsi maklumat tentang pengurusan KIK/ICC serta amalan 5s di Modenas. Seramai 19 orang staf Politeknik Seberang Perai (PSP) yang terdiri Jawatankuasa Pemandu KIK PSP, Fasilitator, Unit Pengurusan Kualiti serta pegawai 5s PSP. Setibanya kami di Learning Center Modenas, satu sesi taklimat ringkas berkaitan tadbir urus korporat Modenas disampaikan oleh Pegawai Total Quality Management (TQM) Modenas, Encik Azli B Md Noor. Pihak Modenas turut membawa kami ke tempat operasi penghasilan motosikal keluaran Malaysia. Kami teruja apabila ditunjukkan motosikal elektrik pertama negara, CTRIC keluaran Modenas. Motosikal ini menggunakan 5 biji bateri kering dan kelajuan yang mampu dicapai 80 kmj. Kami juga dimaklumkan oleh pihak Modenas, motosikal elektrik ini akan berada dipasaran pada tahun ini. Peserta rombongan sekali lagi teruja apabila diberi peluang dari pihak Modenas untuk pandu uji motosikal elektrik tersebut. Diakhir lawatan, Pegawai TQM Modenas, Encik Sazari memberi taklimat berkaitan pengurusan KIK serta 5s di Modenas. Program lawatan kerja ini memberi manfaat besar pada PSP khususnya Jawatankuasa Pemandu KIK PSP dalam proses penambahbaikan pengurusan UKIK untuk mencapai Pensijilan Pengurusan KIK dari Malaysia Productivity Corporation (MPC) yang dijangka 2 tahun lagi.

INFO KONVENSYEN KIK 2011 POLITEKNIK MALAYSIA