Tahniah dah syabas KIK Politeknik Malaysia kerana merangkul 11 pingat emas dan 1 pingat perak di Konvensyen KIK Wilayah Utara pada 18 hingga 19 Julai 2012 bertempat di Hotel Equaltorial Pulau Pinang. Kumpulan KIK yang menyertai konvensyen ini terdiri dari KIK PSA,PSP,POU,PTSB,PTSS dan PKB. PSP selaku urusetia program KIK Politeknik Malaysia pada tahun ini. Diharapkan hasil inovasi dan kreativiti ini dapat diseragamkan ke politeknik yang lain agar transformasi politeknik dapat dirasai oleh seluruh Politeknik Malaysia. Kami amat menghargai sokongan Ketua Pengarah JPP memperkasakan lagi KIK Politeknik Malaysia ke persada antarabangsa. Semoga berjumpa di Konvensyen KIK peringkat kebangsaan/antarabangsa di KLCC pada 14 hingga 17 Oktober 2012.