NOW@KIK PSP



BULITEN KIK PSP

Selamat Datang ke Konvensyen KIK Politeknik Malaysia 2012

Kami mengalukan kedatangan tuan dan puan ke konvenyen kali yang kedua yang dianjurkan PSP dengan kerjasama JPP KPT. Dengan semangat kerjasama berpasukan dikalangan kumpulan KIK dapat mengeratkan dan memperkukuhkan lagi ikatan silatulrahim dikalangan staf Politeknik Malaysia. Semoga jalinan ikatan ini dapat berkongsi inovasi dan kreativiti seterusnya dapat dipraktikkan di politeknik masing -masing dalam usaha merealisasikan transformasi politeknik. Kami menghargai seluruh kumpulan KIK Politeknik Malaysia yang terus memberi sumbangan yang tidak ternilainya seterusnya meraikan kumpulan KIK yang dinobatkan Juara KIK Politeknik Malaysia 2012 Piala Pusingan Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Politeknik diakhir konvensyen ini. I`m PSP>>> Proactive Sustainable Progressive

Monday, October 11, 2010

ICC PSP @ GENTING INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE


Innovative and Creative Circle (ICC) ataupun Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Politeknik Seberang Perai (PSP) yang diwakili Kumpulan ISOTOP berjaya mendapat 3 bintang dan berada tempat ke 17 dari 57 kumpulan KIK dari sektor awam seluruh Malaysia. Konvensyen ICC yang dianjurkan oleh Malaysia Productivity Corporation (MPC) berlangsung selama 4 hari dari 7 oktober hingga 10 oktober 2010 di Genting International Convention Centre. Kumpulan Isotop membentangkan produk Basic Electric Learning Kit yang memberi penjimatan sebanyak RM 900 seunit atau bersamaan 86% berbanding harga dipasaran yang ditawarkan oleh sebuah syarikat swasta. Kesan Penjimatan berganda jika dihasilkan dalam skala yang lebih besar. Tahniah dan Syabas.

Monday, August 30, 2010

Friday, August 20, 2010

Wednesday, August 18, 2010











MINI KONVENSYEN KIK PSP DAN KONVENSYEN KIK 2011 POLITEKNIK MALAYSIA ZON UTARA DILANCARKAN

Mini Konvensyen KIK 2011 PSP dan Konvensyen KIK 2011 Politeknik Malaysia Zon Utara boleh dijadikan wadah untuk menyemarakkan kesedaran di kalangan kakitangan Politeknik Malaysia untuk terus meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan daya saing antara mereka. Menerusi pertandingan ini kita dapat mencetus idea-idea yang bernas dan inovasi baru yang diperlukan dalam melaksanakan tugas demi untuk meningkatkan kecemerlangan kualiti di setiap organisasi di peringkat Jabatan dan Unit di Politeknik Malaysia.Pertandingan ini juga dapat membantu dalam pembudayaan ilmu, pembentukan sikap serta budaya kerja cemerlang di kalangan kakitangan Politeknik Malaysia. Konvensyen ini juga dapat mencapai matlamat ke arah menyediakan modal insan yang cemerlang dan terbilang serta mempunyai kewibawaan untuk bersaing di peringkat yang lebih jauh. Diakhir Konvensyen ini, kumpulan KIK Politeknik Malaysia khususnya Zon Utara dapat menyertai pertandingan diperingkat negeri dan kebangsaan malah di peringkat antarabangsa yang dianjurkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) dan juga Malaysia Productivity Corporation (MPC).

Wednesday, August 11, 2010

“Online” Bergema, PSP Gemilang.


Online, Online, Online dan Online bergema di Auditorium A, tingkat 5 Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) oleh Kumpulan Tekno pada sesi pembentangan yang bertajuk Sistem Maklumbalas Pelanggan Secara Online pada Konvensyen KIK Sektor Awam Peringkat Negeri Pulau Pinang menjadi trade mark Kumpulan Tekno dikalangan peserta konvensyen selama dua hari iaitu dari 21 hingga 22 Julai 2010. Konvensyen kali ke 10 ini memberi tuah kepada Politeknik Seberang Perai khususnya Kumpulan Tekno dari Unit ICT berjaya mengondol kedudukan tempat ketiga dalam Kategori Pengurusan. Kumpulan Tekno telah memecah rekod sejarah PSP menjadi kumpulan yang pertama dari PSP mendapat kedudukan tiga teratas yang sebelum ini didominasi oleh agensi kerajaan yang lain. Percubaan kali ke dua Kumpulan Tekno dalam konvensyen ini berbaloi apabila diumumkan hadiah RM 1000, Trofi dan juga Sijil Penyertaan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Kumpulan Tekno. Konvensyen ini di rasmikan dan ditutup oleh Dato` Haji Muhammad Yusoff Bin Wazir, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang(Pengurusan) dan dianjurkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk memilih Johan dari Kategori Pengurusan dan Kategori Teknikal bagi peringkat Kebangsaan yang akan diadakan tidak lama lagi. Sebanyak 18 kumpulan KIK dari pelbagai jabatan dan agensi kerajaan seluruh Negeri Pulau Pinang bertanding dalam konvensyen pada tahun ini. Syabas dan tahniah juga kepada Kumpulan Isotop dari Jabatan kejuruteraan Elektrik(JKE) dan Jabatan Teknologi Maklumat(JTMK), Kumpulan Bijak dari Unit Perpustakaan dan IG dari JTMK kerana kesungguhan kumpulan menyahut cabaran ke pertandingan ini serta mempamerkan persembahan yang terbaik. Semoga pengalaman berkonvensyen selama 2 hari di KOMTAR memberi input dan cetusan idea yang baru serta menyemarak ‘value creation’ untuk menjana kegemilangan PSP.

INFO KONVENSYEN KIK 2011 POLITEKNIK MALAYSIA